Saturday, 28 July 2012

Kuih Raya Dulu dan Sekarang (Part 1)

Assalam U olls,

Dah masuk 2-3 minggu pose ni mesti ade yang dah sibuk kan dengan kuih raya...
Cik L hari pertama pose lagi dah sibuk order kuih raya tau..bukan terlebih excited pasal nak raya, cuma tak nak kelam kabut plak last minit place order kan..
Kali ni cik L sangat teringin nak bercerita tentang kuih raya yang populor sepanjang zaman, kuih yang orang sekarang dah tak kenal dan kuih-kuih moden..

1) Kuih Tart

Kuih tart ni ade 2 jenis..ade jenis terap (guna acuan) dan gulung..Kuih ni memang jenis kueh fofular sepanjang zaman..dari zaman mak-mak u olls pon sure dah memang wajib ade kan..

Sumber Google:Tart Gulung 
Sumber Google :Tart Cetak
 Tau tak korang org dulu buat tart ni menggunakan sepit tau..ni rupa sepit dia..        

Kemudian nenek-nenek kita dulu sepitkan keliling tart macam ni..

Credit to Syarliz sebab masih mengekalkan tradisi
Tapi sekarang bukam saja tart nenas ada,macam-macam perisa tart ada..blueberry ada,strawberry ada, epal ada..moden la katakan..

Credit to Cendana
                                                           
2) Batang Buruk

Kuih orang dolu-dolu..Kuih ni mungkin ade yang tahu, mungkin tak kan..tapi tetap menjadi pojaan hatiku..

Kuih Batang Buruk credit to Sweetnpreety
Siapa-siapa yang feveret kuih ni korang mesti kene tau beza kerangupan kulit dia...kulit batang buruk ni yang asli mestila dibuat dari tepung beras dan dicampurkan dengan kelapa goreng..ada jek rakan sekerja cik L tertipu, kulit dia dibuat dari kulit popia saja atau dari tepung gandum..ia senang rapuh dan lemau tau..ish-ish ramai juga penjual di luar sana sibuk nak sangat keuntungan ambil mudah saja pembuatan nya..hah kan dah ilang  ke aslian dan tradisi nya..

3) Putu Kacang

Kuih ni memang kuih traditional..nak buat nya bukannya semudah yang disangka..Kat sini ade review pasal betapa gigihnya seorang pak cik nak mengusahakan dan membuat putu kacang ni..

Putu Kacang cerdit to Ain
 4) Bunga Ros/Kuih Goyang/Bunga Durian
  Hah macam-macam nama ada..kuih dia adalah seperti berikut..

Sumber Google : Kuih Goyang 
hah ni cara goreng dia

Sumber Google
 5) Kiuh Karas

Kuih Karas credit to Everythingpossible
  Terus terang yang ni cik L tak pernah jumpa..emak cik L yang bagitahu ni salah satu kuih raya orang dolu-dolu                                                                              
                                                                                   
6) Kuih Kering
Kuih Kering credit to Srsfeqah
                                                                
Menurut sumber yang boleh dipercayai iaitu emak cik L..hahahha...kuih kering ni adalah kuih traditional orang Melaka..pon dijadikan sebagai kuih raya zaman nenek kita tau..

7) Bahulu

Bahulu Ikan credit to Pujibiz
Orang dulu u olls, buat bahulu ni tak guna tau pengisar kuih dengan oven elektrik.dorang guna pengejut telur dan bakar menggunakan arang tau..sebab tu la bahulu orang dolu-dolu sedap..bahulu ni boleh dikategorikan sebagai kuih sepanjang zaman..macam entry Survey2 cik L dulu,kan bahulu dah dikomersialkan dan boleh jadi doorgift gitu..

8) Kuih bangkit
Kuih bangkit ni ada macam-macma jenis..iaitu Bangkit telur, bangkit Santan, bangkit sagu dan macam-macam lagi

Sumber Google : Bangkit Santan
Bangkit Telur Credit to 1001 resepi
Ok u olls sampai sini dulu yer entry kali ni..nanti cik wat kesinambungan..
Lagi jumpa~ daa

Tepung Pelita ke Kuih Tako ??


Assalam U olls,

Hari ni cik L nk cite pasal kuih2 feveret time bulan pose ni..

Sila angkat tangan sape yang tak tau nk bezakan kuih tako dan kuih tepung pelita? Baru-baru ni akak ipar cik L ade beli kueh tako..bile cik L tengok kelongsong ( bekas) , cik L dapat agak ia nya kuih tako..pastu akak ipar cik L pelik, bukan tepung pelita ke?

Ahha~memang ade jek kot yang terkeliru 2 kuih ni..sebab cara pembungkusan dan warna dia lebih kurang aje..Meh tengok perbezaan nya..

Gambar Google :Kuih Tepung Pelita
Kuih Tako di beli oleh akak ipar cik L
 Hah see...sekali imbas cam sama kan..Jom tengok kelongsong dia pulak

Sumber Gambar Google : Kelongsong Tepung Pelita
Kelongsong Kuih Tako
Kelonsong kuih Tako bahagian bawah..

     Kelongsong (bekas acuan) kuih tepong pelita dan tako ni ade beza nya..Nak diikut cara orang dolu2 Tepong pelita bekas dia di buat dari daun pisang, dan saiz nya lebih kecik ( mengikut saiz kotak mancis).. Kuih Tako pulak, bekas nya di buat dari daun pandan dan lebih kepada saiz segiempat sama..Tapi yang ada jual-jual di bazar, sama jek sume..saiz dengan daun pon sama jenis..Tutorial kelongsong di sini dan sini..

Isi Tepung nya pon ade beza...

Isi Tepung Pelita
Isi Kuih Tako

Isi kuih Tako ada buah sengkuang...Lau korang makan ade buah sengkuang di potong dadu kecil-kecil, nah tu dia kuih tako..tapi lau korang makan ia nya manis dan tepung semata-mata itu tepong pelita..ade juga orang buat kiuh tako letak jagung bukan sengkuang..citarasa masing-masing yer..

Bahan-bahan nak buat pon berbeza juga..dari segi jenis tepung yang digunakan..Meh tengok resepi dia pulak..                                       

Resepi Tepung Pelita 

 ( Bahagian Atas - Warna Putih)

160 gram Tepung Beras ( anggaran 1 cawan)
1200 gram Santan Pekat (anggran dari 1biji kelapa)
Sedikit garam

Cara Membuat Bahagian Atas
  1. Satukan tepung  beras, santan dan garamdan dikacau di atas api sehingga pekat dan sebati
Bahagian B  (Bahagian B -Warna Hijau)

160 gram Tepung Gandum (anggaran 1 cawan)
1200 gram Air
100 gram Air Daun Pandan yang dikisar
Sedikit Garam
1 sudu besar Air kapur
220 gram gula pasir

Cara Membuat Bahan Bawah
  1. Satukan semua Bahan Bawah kecuali gula pasir dan kacau di atas api sampai sebati sampai sedikit pekat
  2. Gula pasir tak payah masuk dalam adunan..kita letak gula atas kelongsong macam gambar bawah ni
  3. Kemudian baru masukkan bahan warna hijau diatas gula
  4. Kukuskan dalam 10-15 minit
Gula didalam kelongsong dari Hazelni
       Bila dah masak bahagian bawah, korag lehla letakkan bahagian atas warna putih tu dan kukus lagi 20 minit...dah siap boleh sejukkan dan hidangkan

 *sumber resepi : Buku resepi Emak cik L..hehe
                        
Resepi Green Tako

Bahagian A ( Bahagian Atas - Warna Putih)

1 cawan Tepung Jagung
11 cawan santan (dari sebiji kelapa)
Sedikit Garam


Cara Membuat Bahagian Atas
  1. Masakkan semua adunan sampai pekat 


Bahagian B  (Bahagian B -Warna Hijau)

1 cawan Tepung Jagung
2 cawan gula pasir
6 biji sengkuang CIna (dipotong dadu)
8 cawan air
Sedikit garam
Pewarna Hijau
Gambar Google :Sengkuang Cina  
                                          
                             
Cara Membuat Bahan Bawah
  1. Masakkan semua bahan sampai pekat dan sebati kecuali sengkuang
  2. Masukkan sengkuang dan kacau sebentar
Dah siap semua bahan masukkan bahan B dulu dalam kelongsong,biarkan bahagian bawah keras dan sejuk sedikit barula korang tuangkan bahan A keatas bahan B..

*sumber resepi : Resepi Cikgu ERT masa cik L tingkatan 3..huhu

Kesimpulan yang cik L boleh buat untuk ke dua kuih ni ialah tepung pelita menggunakan tepung beras, dan perlu dikukus untuk bahan A dan bahan B..
Kuih Tako menggunakan tepung jagung dan hanya perlu kacau diatas api hingga pekat dan kemudian sejukkan dah boleh makan

Apa yang penting 2-2 pon sedap...huhu

Semoga dengan enrty kali ni korang kat luar sana jangan ade terkeliru..Siapa-siapa yang rajin nak cuba 2 resepi kat atas untuk juadah berbuka puase silakan..

Lagi Jumpa~Daa


Sunday, 22 July 2012

Harapan Ramadhan

Assalam U olls..

Jom hayati..

                                        


Jadual untuk anda yang ada bran...

Sumber : Quran Weekly 







Friday, 20 July 2012

1 Ramadhan 1433

Assalam u olls,


                     
Salam Ramdhan dari cik L..semoga ramdhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..tingkatkan amalan untuk keberkatan dan ganjaran yang berganda..Insyaallah..


Petua Untuk Khatam Al-Quran dalam Sebulan berpuasa:

Alquran mempunyai 604 muka surat..
Kita mempunyai 30 hari/ramdhan termasuk malam ini ye..
Lebih kurang 20muka surat satu hari uolls kene baca untuk habiskan dalam
masa sebulan..
Rasa banyakkan??
Nanti dulu!!
Jangan baca sekali gus 20 mukasurat dalam 1 masa..sure korang baca laju gila macam keretapi bak kata
mak cik L..habis semua hukum tajwid nanti korang langgar
Ok dari 20 muka surat tu, korang bahagikan/baca pada setiap kali solat 5 waktu..

Iaitu:
Selepas/Sebelum Solat Subuh - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Zohor - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Asar   - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Maghrib - 4 mukasurat
Selepas Solat Isya'/Terawih - 4 mukasurat

Nah, kan jadi lebih sedikit dan lagi mudah..bagi yang berazam untuk khatam 2 kali dalam sebulan bulan Ramadhan,
TAK MUSTAHIL ye U olls..baca la SEBELUM & SELEPAS setiap solat 5 Waktu..Insyallah.

Sumber FB : Religion Over Culture
Cik L tau, bagi U olls yang datang keuzuran (untuk perempuan aja yer) jangan takut tak habis, korang leh naikkan dari 4 mukasurat ke 5/6 mukasurat untuk cover bacaan time korang cuti tu..
atau korang leh amik tips cik L buat..7-8 hari cik L akan baca 4 mukasurat selepas & sebelum setiap kali solat..ataupun 8 mukasurat sekali jalan..

Jangan lupa yer mulakan hari puasa korang setiap hari dengan bersahur..

Sabda Rasulullah SAW :
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Sunat juga bagi kita melambat kan makan sahur ye u olls..

Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Dan sunat juga kita mempercepatkan waktu berbuka setelah azan maghrib..
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
                 (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).   

Jangan lupa berbuka dimulakan dengan doa dan juga manisan seperti kurma..

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah)

Tapi check dulu kurma korang..Jangan beli yang cap Israel Sudah la ye...
Sumber FB


Lagi jumpa~daa