Wednesday, 4 July 2012

15 Sya'ban 1433

Assalam U olls,

Sabda Rasul S.A.W bermaksud: 
"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa"
Rasul S.A.W bersabda bermaksud,
"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."
(Sumber : Ikim)

 Sumber Gambar : Berita Harian







Antara Amalan Malam Nisfu Sya'ban

A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah. 
(Sumber : Syafiqolbu


Semoga kita terus ikhlas melakukan ibadah dan meningkat amalan yang baik serta sentiasa berusaha mendapt keberkatan dari-Nya.. Insyaallah..



No comments:

Post a Comment