Friday, 20 July 2012

1 Ramadhan 1433

Assalam u olls,


                     
Salam Ramdhan dari cik L..semoga ramdhan kali ini lebih bermakna buat kita semua..tingkatkan amalan untuk keberkatan dan ganjaran yang berganda..Insyaallah..


Petua Untuk Khatam Al-Quran dalam Sebulan berpuasa:

Alquran mempunyai 604 muka surat..
Kita mempunyai 30 hari/ramdhan termasuk malam ini ye..
Lebih kurang 20muka surat satu hari uolls kene baca untuk habiskan dalam
masa sebulan..
Rasa banyakkan??
Nanti dulu!!
Jangan baca sekali gus 20 mukasurat dalam 1 masa..sure korang baca laju gila macam keretapi bak kata
mak cik L..habis semua hukum tajwid nanti korang langgar
Ok dari 20 muka surat tu, korang bahagikan/baca pada setiap kali solat 5 waktu..

Iaitu:
Selepas/Sebelum Solat Subuh - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Zohor - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Asar   - 4 mukasurat
Selepas/Sebelum Solat Maghrib - 4 mukasurat
Selepas Solat Isya'/Terawih - 4 mukasurat

Nah, kan jadi lebih sedikit dan lagi mudah..bagi yang berazam untuk khatam 2 kali dalam sebulan bulan Ramadhan,
TAK MUSTAHIL ye U olls..baca la SEBELUM & SELEPAS setiap solat 5 Waktu..Insyallah.

Sumber FB : Religion Over Culture
Cik L tau, bagi U olls yang datang keuzuran (untuk perempuan aja yer) jangan takut tak habis, korang leh naikkan dari 4 mukasurat ke 5/6 mukasurat untuk cover bacaan time korang cuti tu..
atau korang leh amik tips cik L buat..7-8 hari cik L akan baca 4 mukasurat selepas & sebelum setiap kali solat..ataupun 8 mukasurat sekali jalan..

Jangan lupa yer mulakan hari puasa korang setiap hari dengan bersahur..

Sabda Rasulullah SAW :
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Sunat juga bagi kita melambat kan makan sahur ye u olls..

Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Dan sunat juga kita mempercepatkan waktu berbuka setelah azan maghrib..
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
                 (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).   

Jangan lupa berbuka dimulakan dengan doa dan juga manisan seperti kurma..

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah)

Tapi check dulu kurma korang..Jangan beli yang cap Israel Sudah la ye...
Sumber FB


Lagi jumpa~daa

No comments:

Post a Comment