Saturday, 28 July 2012

Tepung Pelita ke Kuih Tako ??


Assalam U olls,

Hari ni cik L nk cite pasal kuih2 feveret time bulan pose ni..

Sila angkat tangan sape yang tak tau nk bezakan kuih tako dan kuih tepung pelita? Baru-baru ni akak ipar cik L ade beli kueh tako..bile cik L tengok kelongsong ( bekas) , cik L dapat agak ia nya kuih tako..pastu akak ipar cik L pelik, bukan tepung pelita ke?

Ahha~memang ade jek kot yang terkeliru 2 kuih ni..sebab cara pembungkusan dan warna dia lebih kurang aje..Meh tengok perbezaan nya..

Gambar Google :Kuih Tepung Pelita
Kuih Tako di beli oleh akak ipar cik L
 Hah see...sekali imbas cam sama kan..Jom tengok kelongsong dia pulak

Sumber Gambar Google : Kelongsong Tepung Pelita
Kelongsong Kuih Tako
Kelonsong kuih Tako bahagian bawah..

     Kelongsong (bekas acuan) kuih tepong pelita dan tako ni ade beza nya..Nak diikut cara orang dolu2 Tepong pelita bekas dia di buat dari daun pisang, dan saiz nya lebih kecik ( mengikut saiz kotak mancis).. Kuih Tako pulak, bekas nya di buat dari daun pandan dan lebih kepada saiz segiempat sama..Tapi yang ada jual-jual di bazar, sama jek sume..saiz dengan daun pon sama jenis..Tutorial kelongsong di sini dan sini..

Isi Tepung nya pon ade beza...

Isi Tepung Pelita
Isi Kuih Tako

Isi kuih Tako ada buah sengkuang...Lau korang makan ade buah sengkuang di potong dadu kecil-kecil, nah tu dia kuih tako..tapi lau korang makan ia nya manis dan tepung semata-mata itu tepong pelita..ade juga orang buat kiuh tako letak jagung bukan sengkuang..citarasa masing-masing yer..

Bahan-bahan nak buat pon berbeza juga..dari segi jenis tepung yang digunakan..Meh tengok resepi dia pulak..                                       

Resepi Tepung Pelita 

 ( Bahagian Atas - Warna Putih)

160 gram Tepung Beras ( anggaran 1 cawan)
1200 gram Santan Pekat (anggran dari 1biji kelapa)
Sedikit garam

Cara Membuat Bahagian Atas
  1. Satukan tepung  beras, santan dan garamdan dikacau di atas api sehingga pekat dan sebati
Bahagian B  (Bahagian B -Warna Hijau)

160 gram Tepung Gandum (anggaran 1 cawan)
1200 gram Air
100 gram Air Daun Pandan yang dikisar
Sedikit Garam
1 sudu besar Air kapur
220 gram gula pasir

Cara Membuat Bahan Bawah
  1. Satukan semua Bahan Bawah kecuali gula pasir dan kacau di atas api sampai sebati sampai sedikit pekat
  2. Gula pasir tak payah masuk dalam adunan..kita letak gula atas kelongsong macam gambar bawah ni
  3. Kemudian baru masukkan bahan warna hijau diatas gula
  4. Kukuskan dalam 10-15 minit
Gula didalam kelongsong dari Hazelni
       Bila dah masak bahagian bawah, korag lehla letakkan bahagian atas warna putih tu dan kukus lagi 20 minit...dah siap boleh sejukkan dan hidangkan

 *sumber resepi : Buku resepi Emak cik L..hehe
                        
Resepi Green Tako

Bahagian A ( Bahagian Atas - Warna Putih)

1 cawan Tepung Jagung
11 cawan santan (dari sebiji kelapa)
Sedikit Garam


Cara Membuat Bahagian Atas
  1. Masakkan semua adunan sampai pekat 


Bahagian B  (Bahagian B -Warna Hijau)

1 cawan Tepung Jagung
2 cawan gula pasir
6 biji sengkuang CIna (dipotong dadu)
8 cawan air
Sedikit garam
Pewarna Hijau
Gambar Google :Sengkuang Cina  
                                          
                             
Cara Membuat Bahan Bawah
  1. Masakkan semua bahan sampai pekat dan sebati kecuali sengkuang
  2. Masukkan sengkuang dan kacau sebentar
Dah siap semua bahan masukkan bahan B dulu dalam kelongsong,biarkan bahagian bawah keras dan sejuk sedikit barula korang tuangkan bahan A keatas bahan B..

*sumber resepi : Resepi Cikgu ERT masa cik L tingkatan 3..huhu

Kesimpulan yang cik L boleh buat untuk ke dua kuih ni ialah tepung pelita menggunakan tepung beras, dan perlu dikukus untuk bahan A dan bahan B..
Kuih Tako menggunakan tepung jagung dan hanya perlu kacau diatas api hingga pekat dan kemudian sejukkan dah boleh makan

Apa yang penting 2-2 pon sedap...huhu

Semoga dengan enrty kali ni korang kat luar sana jangan ade terkeliru..Siapa-siapa yang rajin nak cuba 2 resepi kat atas untuk juadah berbuka puase silakan..

Lagi Jumpa~Daa


2 comments:

  1. sdg cari resepi kuih tako ni... nk mnejualbln pose...

    ReplyDelete
  2. sedapnya..nk cubalah,terima kasih untuk resepi ini. jemput singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete